hadise

ZRA Interior Design


Kekuatan aura seni khat yang ada pada gaya hiasan kini telah terbukti mendapat sambutan baik. Namun begitu, keaslian seni dalam khat atau tulisan jawi itu sendiri perlu dipelihara agar tidak berlaku kepincangan. Kepakaran yang kami ada, akan merealisasikan hasrat itu kearah suatu anjakan paradigma yang positif.

Antara barangan dan perkhidmatan ialah aksesori dan hiasan dinding, perabot, hiasan lantai dan siling, dan aksesori hiasan dalaman yang lain termasuk pengubahsuaian dengan pelbagai gaya dan teknik pembuatan. Termasuk juga dalam skop bidang ini ialah hiasan bangunan,seni taman dan infrastruktur awam.

Jika anda berminat untuk perkhidmatan Rekabentuk Dalaman kami yang berunsurkan Seni Keislaman dan Seni Khat berikut merupakan bidang perkhidmatan yang kami tawarkan:

  • Hiasan Dalaman
  • Hiasan Bangunan
  • Senireka Taman

Hiasan dalaman di masjid dan surau

wg1e  wg2e                            

Penerapan seni khat sebagai hiasan dalaman dan luaran dapat menampilkan imej kesenian Islam pada sesebuah bangunan.

Kepelbagaian inovasi dalam kaedah penghasilan menjadikan hasil kerja seni khat diaplikasi kepada bahan-bahan yang lebih mengikut trend semasa.

 

kbh1e  kbh2e  kbh3e

Masjid Kampung Gerigis yang tersergam indah di tengah-tengah sawah padi ini tampak surreal.Dengan hiasan seni khat dan zukhruf hasil ukiran tangan halus menghiasi ruang solat dan kubahnya, masjid ini mendatangkan kedamaian kepada setiap jemaahnya.

Pemilihan warna emas menyerlah pada dinding putih polos, tampak simple dan kontemporari namun tetap anggun, hasil gabungan unsur moden dan seni khat.

 

mbre  wd1e 

Masjid yang terletak di USJ 9, Subang Jaya mengambil masa hampir satu tahun untuk disiapkan hiasan dalamannya.Setiap tulisan khatnya ditulis tangan pada saiz sebenar dan ditekap sebelum diukir tangan.

Kehalusan ukirannya mengagumkan mata yang memandang.

wd2e  wd3e           

Rekabentuk mihrab, mimbar dan tiang dalam masjid ini yang mirip Ar-Raudhah, Masjid Nabawi membezakannya dengan masjid lain.

 

wd4  wd5

wd6  wd7     

Bahagian hadapan dewan solat dihiasi ukiran seni khat dan zukhruf bungaan Melayu yang unik. Berkontraskan jubin hitam pemilihan warna-warna terang pada corak bungaannya begitu menyerlah.

 

wd8  wd10  wd9

Kelainan cuba ditonjolkan dengan penggunaan teknik catan berbentuk 'marble effect' untuk tiang-tiang di dewan solat utama, memberikan 'feel'yang mewah dengan bajet minima.Selain itu,almari utility kayu untuk menempatkan Al-Quran dan bacaan , di setiap tiang,selain dapat mengurangkan penggunaan ruang juga dapat memberi akses mudah kepada ahli jemaah.

Pemilihan corak yang ringkas untuk panel ayat mengimbangi ayat-ayat Al-Quran dan maksudnya.

 

wd11

Surau Asy-Syarif, Seri Kembangan

 

wd12  wd13  wd14
Masjid As-Syakirin, Gombak

Hiasan dalaman di kediaman

41e  67e  43e    

Indah mata memandang indah lagi qalbu yang menghayatinya. Inspirasi seni yang dikaitkan dengan ketauhidan mengajak pencinta seni untuk mendekatkan diri kepadaNya.

44e  68e  

45e  69e    

Projek: Kediaman Tuan Haji Zulkifli dan Hajah Normah, Sungai Petani Kedah

 

47e  48e  49e   

Pavillon 8 Condominium, Taman Melati Kuala Lumpur

 

50e  51e  52e

Kediaman indah ini yang terletak di Bukit Jelutung memilih untuk mengaplikasi keindahan seni khat bagi memenuhi ruangan kaca yang kosong.

 

Projek: Taman Ilham Kreatif

53e  55e  56e   

Tempat di mana para artis dan pereka berkarya dan berbincang bagi penghasilan idea-idea baru.

54e  57e  58e

Selain memperlihatkan keindahan seni khatnya, pemilihan hiasan pada permukaan kaca yang sebelumnya polos, bertindak sebagai pemberitahuan bahawa terdapatnya dinding kaca ruangan tersebut.

Pemilihan ayat pula memperingatkan mereka yang melihatnya untuk sentiasa mengingati Allah S.W.T dan bersyukur akan nikmat yang diberikan.

 

59e  60e  61e

 

 

                 "   Ekspresi Seni Khat, Manifestasi Seni Islam  " 

 



PROMOSI SEMPENA RAMADHAN & SYAWAL

SAH SEHINGGA 31 OGOS 2011 

 

ads650engnew